Posted by
Unknown
|
0
comments
Lailatul Qadr
Lailatul Qadr
Umat
Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta
amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau
tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.
Apa
yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan
positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang
dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta
program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.
Itulah
bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah,
keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini,
memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada
siksaan api neraka.
Masa
yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di
ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka
sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening
menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan
rasa hati kepada Maha Pencipta.
Apatah
lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut
oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang
pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk
kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat,
iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan
sebagai malam takdir.
Dalam
al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun
malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara
(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran,
Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan
ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang
penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat,
keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa
dengan penuh keikhlasan.
Kepada
mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal
seribu bulan. Firman Allah bermaksud:
"Malam
al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surah
al-Qadr, ayat 3).
Sebab-sebab
Allah adakan Lailatul Qadr
Allah
SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya
yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan
kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
Terdapat
beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa
Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut
Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum
mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya
dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara
Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat
terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin
dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya
panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud
satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai
nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh
umat baginda s.a.w.
Justeru,
malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada
Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang
menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih
baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83
tahun empat bulan.
Dorongan
Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana
keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya
mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah
perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan
malam terakhir Ramadan.
Ini
dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih
meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan
tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir,
solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan
amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah
sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah
doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami!
Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat
serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa
yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan
dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat
meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa
maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli
dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain
itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada
sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada
kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini,
Rasulullah bersabda maksudnya:
Setiap
anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang
daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.
(Hadis
riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan
permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.
Hikmah
dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya
ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak
dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu
pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan
agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan
yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh
Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat
Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah
mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia
kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat
Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali
diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah
pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan
risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam
jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam
disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk
seluruh alam.
Ada
ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar
kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa
rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun,
iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai
jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi
berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke
tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun
akan datang datang pada malam berbeza.
Hal
sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam
21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara
menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap
Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada
Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang
diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah
Lailatul Qadar itu pada malam 27."
Sebahagian
sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu
menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu
Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata
salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27.
Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara
sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada
sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang
sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar
itu berlaku pada malam 27.
Sementara
ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul
Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun
dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah
sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir
Ramadan."
Perbezaan
pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak
ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat
dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi
bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut
Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam
sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada
satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan
rahsia tersendiri.
Tanda-tanda
berlakunya Lailatul Qadr
Di
antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika
baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya
bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang
berair.
Lailatul
Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih
Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada
malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik
daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan
bersungguh-sungguh.
Malam
itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula
memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat
Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba
kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada
pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat
nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap
gelita.
Ada
pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada
malaikat.
Ada
juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada
yang berkata doa permohonannya makbul.
Fokus
umat pada malam tersebut
Lailatul
Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk
mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada
malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
Menghayati
malam tersebut dengan ibadah.
Beriman
dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut
menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal
ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan
keredhaanNya.
Kesimpulan,
persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang
tahu.
Apa
yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda
dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan
hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di
kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar
akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai
cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat
juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw
ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai
apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna
tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!
Fikir
masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan
sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang
baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah
yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah
lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir
Ramadan.
Lebih-lebih
lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di
kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap
Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua
itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah
yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut
dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.
Fadilat
Lailatul Qadr
Mungkin
terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada
disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan)
berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang
seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam
Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata
Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam
Ramadan) :
"Sebaik-baik
malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa
yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan
pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'
[Hadith
riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam
Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang
Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh
berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di
dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
"Barangsiapa
yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam,
dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat
disepanjang malam tersebut.
(Riwayat
Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan
tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di
dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud
dan Tirmizi :
"Barangsiapa
yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa
bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam
(sumber
yang sama - 6342)."
Semoga
tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu
malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan
oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.
Semoga
kita bisa mengambil Hikmah dari catatan ini
Silahkan SHARE ke rekan Anda jika menurut anda note
ini bermanfaat
0 comments: