Posted by
Unknown
|
0
comments
Untukmu Wanita
Untukmu Wanita
Sabda
Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim,
"Harta
yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai
manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada
juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga
pada keturunan.
Tetapi
ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya
kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada
Allah SWT.
Wanita
adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan
dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka
diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana
itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala
sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati
suaminya.
Sebagai
ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman
Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud,
"Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang
yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya
walau sedikitpun."
Dalam
Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan
wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah
SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,"Berlaku baiklah
terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok
adalah bagian yang teratas, jika kamu coba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah kamu terhadap kaum wanita."( HR
Al-Bukhari-Muslim)
Nilai
wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita
solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari
dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya,
senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya
bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam
mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah
melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir
daripadanya.
Ulama
Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah
muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap
menjadi aurat.
Wanita
yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan
menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin
berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan
tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan
wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan
lain-lain.
Suaranya
bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita
yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi
kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka
janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu
orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi,
bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan
yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib
AS.
Bagaimana
mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai
pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi
Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila
selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri
tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan
ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada
peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak
memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila
ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa
malu.
Berurusanlah
dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat
paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah
bunga-bunga zina.
Berbual-bual
di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta
terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai
khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina
Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa
daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia
faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana
pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di
belakangnya?
Maka,
labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah
bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah
SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar
dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa
engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah
memakainya?"
Lalu
wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya,
lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam
keadaan melanggari perintah Allah SWT."
Malangnya
hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam
tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah
dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali
kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu
punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih
yang memutih di lautan.
Yakinlah
kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup
ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji
dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila
dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak
punya apa-apa.
Seorang
raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan
hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang
dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah
dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau
sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah
kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat
sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina
Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik
wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan
kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu
bukan kemuliaan bagimu.
Jika
kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang
boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah
dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki
penghuni syurga.
Semoga
bermanfaat.
Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda note
ini bermanfaat.
0 comments: