Posted by
Unknown
|
0
comments
Setiap Amalan Bergantung Pada Niat
Setiap Amalan
Bergantung Pada Niat
Sahabat yang dimuliakan,
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ; : "Bahwa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahwa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahwa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Niat yang ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah atau perbuatan adalah terletak dihati. Niat inilah menjadi ibu dalam semua amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita lakukan. Ibadah dan pekerjaan kita akan terbatal dan tidak dipandang oleh Allah s.w.t apabila tidak ada niat atau niatnya menyempang dari tujuan asal dan dilakukan bukan kerana Allah.
Hati kita juga perlu dilatih dan dididik supaya ia menjadi sihat dan khusyu'. Hati yang khusyu' amat diperlukan dalam ibadah dan seterusnya dalam kehidupan. Hati yang hidup dan sihat adalah hati yang apabila disebut nama Allah s.w.t. terasa gementar dan apabila dibacakan al-Qur'an bertambah Imannya. Hati seperti ini akan bersih dari nilai keduniaan dan akan lahirkan keikhlasan kepada Allah s.w.t. dalam setiap tindak-tanduk perbuatannya. Manusia melihat zahir kita sedangkan Allah melihat hati kita. Untuk memiliki hati yang khusyu' ia perlu dilembutkan dahulu dan disinilah lahirnya pelbagai cara dalam melahirkan jiwa yang khusyu'.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ;
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ulama' mengkategorikan hati manusia terbagi kepada beberapa jenis ;

1. Hati yang sahih
(qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t. Di sinilah letaknya ikhlas, yakin, percaya , berazam dan penyerahan secara sepenuhnya kepada Allah.
2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah s.w.t. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu dengan syaitan dan nafsu. Hati seperti ini ditutupi dengan selaput hitam yang menjadi penghalang dari menerima hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t.
3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila. Hati seperti inilah dia turun dan naik. Iman yang terletak dihati seperti ini kadangkala naik kuat dan kadangkala turun dan lemah. Jika di biarkan hati ini boleh menjadi hati yg kedua iaitu hati yang mati.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa berdo'a kepada Allah s.w.t. supaya hati ini diberikan petunjuk dan jalan ketaatan : "Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu." (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang berbahagia,
Jadikanlah niat yang ikhlas dalam hati kita sebagai pendorong untuk kita lakukan amal-amal soleh walaupun kita belum mampu untuk melaksanakannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ; "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Setakat lintasan hati kita untuk membuat kebaikan belum dikira mendapat pahala disisi Allah s.w.t. selagi kita tak merancang dan berazam dengan sungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Hadis diatas menjelaskan keazaman seseorang yang ingin bersedekah sekiranya ditakdirkan memiliki harta seperti orang kaya tersebut.
Begitu juga apabila kita berazam dan cita-cita untuk mati syahid dan berusaha ke arah itu iaitu menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah dan menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang sedang berjihad menghadapi kafir harbi maka ianya dikira kita sedang berjihad fisabilillah. Niat yang diserta dengan azam dan tindakkan akan memberi pahala yang sama dengan mereka yang sedang melakukan amalan terebut.
Contoh yang jelas adalah dizaman dahulu Nabi s.a.w menceritakan seorang lelaki telah membunuh 100 orang, bila dia berazam dengan sepenuh hati untuk bertaubat kepada Allah, tiba-tiba mati ditengah jalan, maka kerana niat dan azam yang dimiliki oleh lelaki tersebut dia telah dipilih oleh Allah s.w.t termasuk dikalangan hamba-hamba-Nya yang bertaubat dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Begitu juga sesuatu maksiat yang ingin dilakukan oleh seseorang sekiranya dia berusaha dan berazam untuk melakukannya sekiranya dalam masa perjalanan ke arah nak buat maksiat tiba-tiba dia mati maka dia tetap dikira mendapat dosa kerana niatnya untuk melakukan maksiat tersebut.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ; ”Apabila dua orang Muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk Neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk Neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk Neraka?” Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Akhirkata marilah kita betulkan niat-niat hati kita untuk melakukan kebaikan dan berazam sepenuhnya untuk melaksanakan kebaikan dan beramal soleh tanpa ragu-ragu. Oleh itu kita perlulah berhati-hati dalam setiap amalan, percakapan dan niat dihati, semuanya hendaklah dibuat ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.
Kita berbuat sesuatu kerana Allah dan tinggalkan sesuatu juga kerana Allah.
Kita cinta dan kasih seseorang kerana Allah dan kita benci seseorang juga kerana Allah.
Untuk kita senantiasa kekal dalam keadaan niat yang ikhlas perlulah sentiasa berdo'a kepada Allah s.w.t. supaya Dia senantiasa tetapkan hati dan jiwa kita dalam keadaan bersih dan terhindar daripada syirik kepada-Nya dan istiqamah di atas jalan-Nya.
Semoga kita bisa mengambil hikmah dari catatan ini
Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda note ini bermanfaat
Oleh : Akhi Abu Basyer
0 comments: