Posted by
Unknown
|
0
comments
Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib Umar حفظه الله
Kata-kata Hikmah Guru Mulia al-Habib
Umar حفظه الله
قَالَ فِى شَأنِ دَعْوَةٍ : اَلْوَاجِبُ أنْ نَكُوْنَ كُلُّنَا
دَعَاةً وَ لَيْسَ بِوَاجِبٍ اَنْ نَكُوْنَ قُضَاةً اَوْ مُفْتِيَيْنِ (قُلْ
هَذِهِ سَبِيْلِيْ أدْعُوْ اِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أنَا وَ مَنِ
اتَّبَعَنِيْ) فَهَلْ نَحْنُ تَبِعْنَاهُ أوْ مَا تَبِعْنَاهُ ؟ فَالدَّعْوَةُ
مَعْنَاهَا : نَقْلُ النَّاسَ مِنَ الشَّرِّ اِلَى اْلخَيْرِ وَ مِنَ الْغَفْلَةِ
اِلَى الذِّكْرِ وَ مِنَ اْلأدْبَارِ اِلَى اْلإقْبَالِ وَ مِنَ الصِّفَاتِ
الذَّمِيْمَةِ اِلَى الصِّفَاتِ الصَّالِحَةِ
Beliau حفظه الله تعالى berkata tentang dakwah: “Yang wajib
bagi kita iaitu harus menjadi da’ie dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti.
(Katakanlah Wahai Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم inilah jalanku, aku
mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku), apakah kita
mengikuti Baginda atau tidak? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari
kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari
keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju
sifat yang baik.
إذَا صَحَّ الْخُرُوْج حَصَلَ بِهِ الْعُرُوْج
Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia
akan naik ke darjat yang tinggi.
كُلّ وَاحِدٍ قُرْبُهُ فِى الْقِيَامَةِ مِنَ اْلأنْبِيَاءِ
عَلَى قَدْرِ إهْتِمَامِهِ بِهَذِهِ الدَّعْوَةِ
Kedekatan seseorang dengan para anbiya` di hari qiamat
menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.
املأ قَلْبَكَ بِمَحَبَّةِ إخْوَانِكَ يَنْجَبِرْ نُقْصَانُكَ
وَ يَرْتَفِعْ عِنْدَ اللهِ شَأنَكَ
Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya
akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.
مَنْ كَانَ سَيَلْقَي فِي الْمَوْتِ الْحَبِيْبَ فَالْمَوْتُ
عِيْدًا لَهُ
Barang siapa menjadikan kematiannya sebagai pertemuan dengan
sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.
مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ
مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung,
bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang
beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.
الإنْطِوَاءُ فِى الشَّيْخِ مُقَدِّمَةٌ لِلْلإنْطِوَاءِ فِى
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَ اْلإنْطِوَاءُ فِى
الرَّسُوْلِ مُقَدِّمَةٌ لِلْفَنَاءِ فِى اللهِ
Menyatunya seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan
di dalam menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sedangkan
menyatunya dengan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم merupakan permulaan
untuk fana pada Allah
لَمْ يَزَلِ النَّاسُ فِى كُلِّ وَقْتٍ مَا بَيْنَ صِنْفَيْنِ
: صِنْفُ سِيْمَاهُمْ فِي وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ السُّجُوْدِ وَ صِنْفُ
سِيْمَاهُمْ فِى وُجُوْهِهِمْ مِنْ أثَرِ الْجُحُوْدِ
Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua
golongan:
- Golongan
yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud; dan
- Golongan
yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.
إنَّ لِلسُّجُوْدِ حَقِيْقَةً إذَا نَازَلَتْ اَنْوَارُهَا
قَلْبَ الْعَبْدِ ظَلَّ الْقَلْبِ سَاجِدًا أبَدًا فَلاَ يَرْفَعُ عَنِ السُّجُوْدِ
Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila
cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud
selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.
أخْرِجْ خَوْفَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَرِحْ بِخَوْفِ الْخَلْقِ
وَ أخْرِجْ رَجَاءَ الْخَلْقِ مِنْ قَلْبِكَ تَسْتَلِذَّ بِرَجَاءِ الْخَلْقِ
Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau
akan tenang dengan rasa takut pada Kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap
pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap
pada Kholiq.
كَثْرَةُ الصَّفَاطِ وَ كَثْرَةُ الْمِزَاحِ عَلاَمَةٌ خُلُوِّ
الْقَلْبِ عَنْ تَعْظِيْمِ اللهِ تَعَالَى وَ عَلاَمَةٌ عَنْ ضَعْفِ اْلإيْمَانِ
Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati
dari mengagungkan Allah dan tanda dari dhoifnya iman.
سَبَبٌ مِنْ أسْبَابِ نُزُوْلِ الْبَلاَءِ وَ الْمَصَائِبِ
قِلَّةُ الْبُكَائِيْنَ فِى جَوْفِ اللَّيِلِ
Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah
sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ
بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ
Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah
akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.
مَا ارْتَقَى اِلَى اْلقِمَّةِ اِلاَّ بْالْهِمَّةِ
Tidak akan naik pada derajat yang tinggi kecuali dengan
himmah (cita-cita yang kuat)
مَا أعْجَبَ اْلأرْضُ كُلُّهَا عِبْرَةٌ أظُنُّ لاَ يُوْجَدُ
عَلَى ظَهْرِ اْلأرْضِ شِبْرًا اِلاَّ وَ لِلْعَاقِلِ فِيْهِ عِبْرَةٌ اِذَا اعْتُبَرَ
Alangkah anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira
tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran)
bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya.
خَيْرُ النَّفْسِ مُخَالَفَتُهَا وَ شَرُّ النَّفْسِ طَاعَتُهَا
Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk
nafsu adalah yang diikuti.
مِنْ دُوْنِ قَهْرِ النُّفُوْسِ مَا يَصِلُ الإنْسَانُ اِلَى
رَبِّهِ قَطٌّ قَطٌّ قَطٌّ وَ اْلقُرْبُ مِنَ اللهِ عَلَى قَدْرِ تَصْفِيَةِ
النُّفُوْسِ
Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada
Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar
pembersihan jiwanya.
إذَا انْفَتَحَتِ الْقُلُوْبُ حَصَلَ الْمَطْلُوْبَ
Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa
yang diinginkan.
مَنْ كَانَ لَهُ بِحَارٌ مِنَ الْعِلْمِ ثُمَّ وَقَعَتْ
قِطْرَةٌ مِنَ الْهَوَى لَفَسَدَتْ
Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan
setetes hawanafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.
Semoga bermanfaat
Silahkan SHARE ke rekan anda jika menurut anda note
ini bermanfaat.
0 comments: